Friday, December 30, 2011

Ya, ini cerita SERAM..

Seram. Ya, aku ada satu cerita seram yang aku mahu kongsikan bersama. Kenapa aku beria-ia sangat nak ceritakan cerita seram? Entah tiba-tiba dapat passion. Pertama sekali, sediakan bantal untuk tutup muka kalau takut sangat. Kedua, relakan hati kalau ada jadi apa-apa kat korang. Ketiga, sediakan diri anda untuk membaca cerita ini.

   Bersedia untuk menghadapinya. Dengar dengan teliti. Aku takkan ulang lagi.

   " Pada suatu malam Jumaat yang hening, seorang gadis yang COMEL lagi SERIOUS iaitu Shahizan baru pulang dari rumah ustazah X kerana sudah tamat sesi belajar mengaji. Dia sempat sembang-sembang makcik lagi dengan ustazah tersebut. Dek terlampau lama menunggu Shahizan habis berborak ala-ala makcik dengan ustazah tersebut, rakan-rakannya mengambil keputusan untuk meninggalkan Shahizan yang lembab tersebut. Shahizan tidak perasan akan ketidakhadiran rakan-rakannya. Setelah 20 minit kemudian, Shahizan baru mengetahui rakan-rakannya sudah meninggalkannya jauh. Dia merintih akan nasibnya sendirian.
  
   Lalu, dia mengambil keputusan untuk mengayuh basikal sendirian. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai kerumahnya. Dalam hatinya merintih kerana menyesal berborak-borak makcik dengan ustazah tersebut. Akhirnya Shahizan menggagahkan dirinya untuk berbasikal seorangan di jalan kampung yang sempit untuk sampai ke rumahnya.
  
   YA! Malang tidak berbau Shahizan terpaksa melalui sebatang jalan berhadapan dengan sebuah pokok ketapang (alah, daun yang kasi wangi tempe tu). Pokok ketapang tersebut sangat besar dan menakutkan. Kembali terngiang-ngiang di telingaShahizan cerita silam pokok tersebut yang sangat mengerikan. Shahizan tidak berani untuk memandang pokok tersebut. Dengar-dengar kata orang pokok itu berhantu. Baru sahaja Shahizan ingin memecut, rantai basikalnya tercabut. Malang sungguh nasibnya. Kasihan. Dia sudah terkulat-kulat disitu lantas meminta tolong. TOLONG TOLONG TOLONG jeritnya. Lalu ada dua lelaki handsome seiras Edward dan Jacob datang memberikan bantuan. Shahizan terpana dan ternganga dan terliur dan terkentut memandang jejaka handsome tersebut. Shahizan mencubit pahanya. YA! Sakit. Shahizan menampar pipinya. YA! Sakit. Ini bukan angan-angan. Ini realiti. Ini bukan main-main. Lalu Shahizan pun bertanya, ARE YOU REALLY EDWARD AND JACOB? Mereka pun menjawab YES WE ARE. Ternyata tepat sangkaan Shahizan. Pokok ini memang berhantu. Dan dia bertuah untuk merasai keseramannya.

   Bila Shahizan mendapat tahu ianya realiti, dan basikalnya sudah dibaiki oleh dua jejaka handsome tersebut. Shahizan terus memasang tekad untuk hadir dengan pelbagai idea baru untuk meminta tolong dua jejaka handsome tersebut. Satu hari itu, dia meminta tolong Edward dan Jacob kerana pedal basikalnya tercabut, hari esoknya, kakinya terseliuh, esoknya lagi tangannya terseliuh, esoknya lagi tayar basikal tercabut. Bijak pandai YA! Semuanya itu dilakukan demi berjumpa dengan vampire yang handsome dan werewolf yang hot. Hahahaha okay itu memang superb :D

Kenalkan ini vampirenya.

Ini pula werewolfnya.
Ini sahaja maklumatnya. Alamat pokok ketapang tu aku tak tahu.

P/S : Selepas baca sila turunkan reaction dan juga comment terima kasih :D

Monday, December 26, 2011

Bagaimana mahu jadi popular?

   Hello dan selamat sejahtera, ya memang lama aku tak update blog. Ya, berkurun berabad kalau boleh sampai bersarang blog ini. Tapi takpe, melalui entry kali ini aku akan menyusulkan taktik atau cara kotor untuk menjadi popular. Okay, bagus. Ini taktik mungkin baru mungkin lama tapi baca je lah. Tujuan untuk menambah ilmu.

   Bagaimana untuk menjadi popular? Senang je. Ya, aku tahu ramai budak zaman sekarang gian nak jadi popular. Apa masalah pun tak tahu. Cara aku sangat senang. Bak kata orang pecah punggung dia punya senang. Betul-betul korang nak tahu apa taktik aku? Okay, cantik marvelous kaudu puaka segala.

   Cara/taktik kotor untuk menjadi popular, (di sekolah);
  • Aku sarankan korang join group gedik, haha senang popular sebab kenapa? Orang ramai tak suka.
  • Jadilah orang paling annoying kat sekolah. Aku amat galakkan. Kalau boleh nak bagi royalti sape-sape yang sanggup jadi annoying.
  • Buat benda tak senonoh depan orang, contoh kentut kuat-kuat lepas tu salahkan orang lain. Haha ini hakikat ramai orang pernah buat.
  • Bergaduh kat sekolah.
Itu sikit je taktik dia. Ada banyak lagi cuma aku malas la nak tulis. Bukannya dapat duit pun aku tulis ni. Cuma aku nak kongsi pengalaman. Ya lah mana tahu kot-kot korang jadi popular ke lepas ni. Bila orang dah tak suka korang after korang ikut taktik yang aku cadangkan ni jangan salahkan aku. *Aku tak tahu aku tak tahu* Lantak korang padan muka siapa suruh ikut.

HAAAAAH! Aku ada satu taktik yang memang confirm korang akan jadi popular dalam sekelip mata. CONFIRM! Okay dengar baik-baik. Taktik yang kali ni memang orang akan kenal kau. Dorang akan tahu siapa kau tapi dorang takkan panggil nama kau. Sebab dorang tak tahu siapa nama kau. (Ini popular bab lain)

Taktik aku yang seterusnya ialah jadilah orang gila. SERIOUS aku tak tipu. Bila kita jadi orang gila orang ramai akan kenal kita. Contoh kalau kau jalan pergi mana-mana orang kenal kita. Contoh ayat yang dorang cakap lah " EH TU ORANG GILA LAH! " See? I've told you. Tu cara paling senang untuk jadi popular cukup senang weh. WA CAKAP SAMA LU senang, kacang. Korang jejakkan kaki pergi mana-mana pun orang tetap akan kenal korang. Tak percaya? Cuba.

Hahahahaha LOL serious wa cakap nak jadi popular? Jadilah orang gila.
Sekian terima kasih. *Selepas baca sila turunkan comment dan reaction :)*

Monday, December 12, 2011

Why? What? Think twice babe.

First thing, a very good day to you my fellow reader(s). For the latest blog, I will speak in English, why? Am I out of my mind? Shit no. Because of what? Huh, think hardly friend. Okay, the issue is WHY PEOPLE ESPECIALLY TEENAGERS AT SCHOOL who did really think it's annoyed to speak in English. Oh man. Why did you think it's RUBBISH? As I were saying, it's rubbish? Not at all. Think twice people. Okay, I'll give an example which is not quite a good example;
  •  "Hey man, how about we have a little walk, there's so many I have to talk to you." said person A.
Okay, and you know what the other students say? Read carefully;
  • "A'alah siot tol budak tu, nak speaking bagai. Fikir bagus apa cakap macam tu, cermin diri la bro! English lu bukannya baik taik macam mana pun. Perasan mak saleh bagai apa?" said person B.
Now you've seen the fact right? It's awful really wicked awful. You've really sure that speaking in that language really make people mad? Hah, short-thinking people you see. Really hate people who doesn't think twice in action. What? Yeah really I need to talk about this issue. It is serious and its not a NO BIG DEAL.

Why I'm so deadly serious?
Haha talk about it, it's not a deadly fact I really keen to talk about. It's my word to make people realise about the advantage to speak fluently in this language. Don't make harsh of people. If there are friends who really have the passion to move on, so let it be. You have no right to judge them because you too are not perfect either.




Yeah.


I believe we are all much more vast and expansive than we give ourselves, and each other, credit for. Allow people the opportunity to surprise you. ~ THE END~


Surely, it's right. You're deadly awesome brilliant but gezz you're such a coward.

Now, all I have to say is stop complaining the others and do whatever you have to. Have a nice day. Do leave your comment. And I'll appreciate that :)

Wednesday, December 07, 2011

Apakah sebenarnya kegunaan perkataan 'DOE'?

Heyho kawan, lama aku tak update blog aku. Kira berzaman lah jugak tak update. Malas lah. Belum datang itu PASSION lagi. Melalui entry kali ini, aku nak bercakap mengenai kegunaan perkataan 'DOE' sebenarnya. Okay sekarang aku nak korang fikir balik pernah tak korang gunakan perkataan 'DOE' dalam percakapan kehidupan seharian.

    Aku bagi contoh ayat tak berapa nak puaka lah sebab aku ni budak lepasan PMR. Mana reti buat ayat power-power macam korang. Ya, aku sedar aku sape. Aku hanya seorang insan biasa yang hidup  di atas muka bumi ini. Contoh ayat yang pertama ;

"Weah korang lama gila kita tak jumpa DOE. Apa kau buat cuti hari tu DOE? Aku kat rumah buat taik mata je DOE. Dah tak tau nak buat apa DOE. Bosan gila tahap melampau kat rumah aku tu DOE."

HAHAHAHAHAHAH, aku tau ayat jenis macam ni memang layak kalau diberi kaki. Apa pasal? Sebab, ada ayat sedap-sedap Bahasa Melayu yang betul lagi gramatis dan enak didengar. Aku tak faham betul la, budak zaman sekarang ni.. Bermacam-macam bahasa dibuatnya. Bahasa rempitzzz la, bahasa DOE la, bahasa apa lagi mau buat. Takpe, apa-apa bahasa yang korang buat aku akan terima dengan hati yang tak berapa nak terbuka. Tapi ya, bahasa yang entah mana datang tu berjaya lah jugak membuat aku terhibur.

Okay aku gelak bila dengar Bahasa semegah itu *Sorry ini memang bukan aku*
Oh man, memang aku gelak besar gila punya besar bila aku dengar bahasa macam ni. Apa? Fikir cool cakap macam tu? Terpulang kat masing-masing nak cakap macam mana. Aku hanya ingin memartabatkan Bahasa Melayu. Nonsense la nak cakap camtu, bahasa yang ada tersedia depan mata dah sedap-sedap, ada hati mau bikin itu jenis bahasa. Apaaaa daaa! Haha :D

   Dahlah aku dah malas nak huraikan pasal bahasa yang aku kaji habis ni. Kalau ada apa-apa soalan mengenai bahasa DOE atau bahasa yang seangkatan dengannya, sila rajinkan diri anda untuk memberi comment. Okay?

Tuesday, November 29, 2011

Isu Bangga Diri yang Melebih

     "Selamat datang & terima kasih saya ucapkan kepada you all yang sudi baca blog I yang sedang meletup, cantik dan mempunyai informasi yang berguna disini. Teruskan membaca ya! Jangan lupa follow." kata blogger X. (Contoh pertama)

    "Hey kau, jangan lah lebih-lebih nak puji aku. Aku tau lah aku ni hot, cantik, cun, menawan, pandai.. Apalagi arh? Humm.. Banyak sangat kelebihan aku. Tak payah nak ingatkan aku, aku tau aku siapa." kata si P. (Contoh kedua)

Fuhh.. *lap peluh* penat aku nak menulis ayat-ayat yang menyemakkan hati dan fikiran membacanya. Tension dan boleh biol membaca atau mendengar ayat-ayat tak semegah macam ni.



Hah tengok muka kat atas ni (tengok sekarang, tengok!) menunjukkan ayat-ayat annoying seperti contoh diatas boleh membuatkan persepsi orang sekeliling terhadap kita berubah. Cihh.. tak payah la nak bermegah sangat dengan diri kita. Ingat! Manusia mana ada yang sempurna. Tak perlulah nak cari kelebihan diri dan berbangga sampai MAK AII tak ingat dunia. Lebih baik korang cari kekurangan diri dan tengok puas-puas apa yang kurang. Haha itu lebih baik :D

Contoh ayat ketiga --- "Aku sedar aku siapa. Aku hanya manusia yang memang layak merendah diri."

Okay, itu ayat yang sangat merendah diri dan kadang-kadang membuatkan orang kat sekeliling rasa menyampah, meluat segala ME- lah. Hah! Memang sah kena bagi sebijik pelempang. Kadang-kadang merendah diri tu baik, tapi jangan cakap benda alah sebegitu kat orang. Haha :)

Sebenar-benarnya, waktu kat sekolah aku ada buat experiment sikit pasal 'ayat merendah diri' tu. Aku saja nak tengok reaksi dorang. Haha rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Rupa-rupanya bukan dorang meluat TAPI dorang ikut pattern cakap MY WAY *ayat merendah diri tulah*. Haha okay serious lawak. Benda tu dah jadi trend yang belum membangun sangat. Belum ramai orang tau.

Baca yang digarisi warna BIRU CAIR



Lebih Baik Daripada Bangga Diri :D


Okay susahkan nak buat pilihan nak bangga diri ke nak merendah diri. Aku pun pening nak fikir. So, kesimpulannya, korang buatlah keputusan sendiri. ~ THE NOT SO 'the end'~

Monday, November 21, 2011

Definisi 'RAKAN' yang mengelirukan.

Rakan atau 'RAKAN' ?


Kalau kita berbincang mengenai isu rakan, bestfriend, crush, boyfriend dan seangkatan dengannya memang mengambil masa yang panjang untuk habiskan topik yang memang tiada kesudahannya. Terdetik kat hati aku ni nak berbicara tentang topik ni sebab kalau kat hostel aku, topik ni la yang menjadi " TOP RATED STORY " yang tak jemu utk dijadikan topik for chat dan segalanya.

 Sampai ada yang sanggup 'skip' time nak basuh baju, makan segala. Sampai yang sanggup tak tidur seharian pun ada. Bagi aku, tidur lagi memuaskan hati :D Tu yang aku tak faham budak sekolah aku. Kadang-kadang aku ada gak terjoin sekali-sekala sembang pasal benda-benda ni. Entah best la jugak dengar dorang story 'SEMANGAT' tak hiiingaat..


Aku tulis punya tulis tak perasan pulak yang introduction karangan aku dah melebih-lebih tahap karangan SPM. Almaklumlah persediaan awal buat aku yang bakal jawab SPM dua tahun lagi. Baru-baru ni pun aku baru habis PMR yang ditunggu-tunggu. Wah tak ingat dunia bila dah habis. Sehari lepas PMR bolehlah dikatakan enjoy, hari kedua aku dah jadi MAYAT HIDUPdah kat kelas aku. Memang nasib badan agaknya -.-' Majoriti budak Form 3 tidur. Dah namanya HOBI budak sekolah kitorang.



 Ada macam-macam jenis tidur yang kitorang mampu buat. Tapi aku nak berbalik kepada topik aku yang satu & utama. Apa maksud rakan? Korang cari sendiri la kat mana-mana. Panjang sangat aku nak huraikan. Aku nak cite sikit pasal pengalaman aku dengan kengkawan. Aku dah banyak berhijrah kat sekolah-sekolah kat sini. Ada kawan yang boleh harap, ada kawan yang


mak aii terbelah otak


sekali pun memang tak boleh harap langsung. Aku happy lah jugak sekarang aku ada kawan yg memang sama kepala jiwa raga dgn aku :D Lawak gaban kawan dgn dorang. Aku ada dengar lah kengkawan aku yg mana satu pun tak ingat cite dia start cam ni ;

 Tapi kebanyakan cerita popular yang aku dengar dan menjadi TOP RATED NEWS ialah BACKSTABBER of course. Aku pun ada rasa pengalaman camni, tapi aku tak kisah. Tu masalah dorang.

Memang susah nak cari kawan yang satu kepala jiwa raga bangsa dengan kita. Lagi-lagi sekarang ni dunia ni penuh dengan kawan yang nak bergeng-geng, berpuak-puak segala. Sumpah aku tak faham dengan budak zaman sekarang. Aku bagi contoh; yang dorang perasan diri dorang HOT (padahal tak hot mana) satu geng. Eii tolonglah, berkembang sikit la minda tu, cubalah make buddies dgn orang lain * alamak.. terover pulak tiba-tiba * Bermacam-macam perangai aku tengok this era students. Memeningkan kepala but kadang-kadang lawak jugak tengok dorang. Aku pun tak terkecuali jugak acted like them but at least i've tried to be friends with people at surroundings.


Korang ada dengar tak orang cakap : KAWAN TU BIAR BERIBU, KASIH BIAR SEORANG.



Jadi pesanan aku kat sini carilah kawan yang korang rasa boleh harap dan paling penting pandai jaga perasaan korang :D Heh aku cakap macam gaya kaunselor. So, nanti kitorang berjaga tengah malam kat hostel boleh dengar cerita korang yang ada happy ending dan tak memeningkan bila bercerita pasal kisah korang :)                                                Haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...