Thursday, January 26, 2012

Bahasa rempit (Ini kenyataan)

   Entry kali ini takdelah best sangat tapi bila fikirkan balik entry aku ada ke yang best?*WOW terhina gila HAHAHA* Aku takdelah seactive orang lain nak update post, bila aku nak aku buat la kan? Ya lah homework dah la belambak nak mati -.-'. Dah meh kita sambung pasal bahasa rempit. Tapi sebelum tu aku nak cerita pasal sejarah aku dan bahasa rempit. Aku belum habis belajar lagi, apatah lagi nak masuk universiti. Bila aku dah masuk U, aku terfikir nak ambil jurusan kajian bahasa. Bahasa yang aku pilih ni sangat famous tapi ramai orang tak berapa nak suka. Aku akan mengkaji bahasa

REMPIT atau lebih dikenali sebagai wEeEmMmMpPiIIittZzZZ.
Anda bagaimana?
   
    Okay aku tahu ayat permulaan aku tak gempak tapi apakan daya, aku hanya sekadar insan biasa. Fuhh.. Menggeletar aku nak listkan serba-sedikit mengenai bahasa yang pernah suatu ketika dulu menjadi bahasa perantaraan atau lebih dikenali sebagai LINGUA FRANCA.*anda boleh rujuk buku teks Sejarah tingkatan 1 jika mahu. Haha bahasa rempit sangat famous suatu masa dahulu. Zaman kegemilangannya ketika pemerintahan abad ke-21 atau lebih spesifik lagi ketika tahun 2006 yang ketika menjadi puncak kecemerlangan bahasa tersebut. Empayarnya berkembang apabila Malaysia ditakluki oleh bahasa puaka tersebut. Haha okay lawak macam sejarah. *maklumlah baru study bab 1 form 4*

   Aku malas nak listkan bahasa yang direka entah sape tu, so kesimpulannya aku bagi sikit je la buat info korang;
  • Saya - sayew/cayew/cyew/cYeWW
  • Kita - kitew/ktew/tite/titew/tItEW
  • Tidur - tido/tdo/tito <--- What the heck? Nama kura-kura aku.
  • Makan - mamam/mam <--- What the fish? Fikir baby apa?
  • Untuk - utk/utkz/un2 <-- Haaha gila.
  • Aku - ak/aq/aquew/akuew/qq <--- huruf A digantikan dgn Q. WTH?
  • Sayang - sayangz/sywg/sayunk/cayang/cayunk/sawyang
  • Baby (panggil awek) - by/ bb(BlackBerry apa?)/b
Homai, homai gila aku dah penat perah otak aku nak tulis bahasa rempit. Yang aku peliknya dorang tak penat nak merapu ini tahap gaban taiknya. WTFamous? Hahaha sekarang pun ada orang tangkap gambar rempit. Macam mana hah? Okay, inilah ciri-cirinya.
  • Sebelum tangkap gambar, handphone perlu diletakkan pada posisi paling atas. Kiranya pada 90 darjah daripada perut anda. Lagi tinggi dan straight lagi bagus.
  • Kembungkan sebelah pipi anda sekembung-kembungnya.
  • Kepamkan mulut bagi nampak comel (comel sangat)
  • Mungilkan bibir (buat mulut la kiranya)(p/s duck mouth)
  • Stylekan rambut dulu. (selalunya yang diberi perhatian rambut depan lah)
  • Memakai baju seperti SAYA SAYANG AWAK.
  • Edit gambar tahap gaban.
  • Tangkap gambar depan cermin sambil memegang handphone (mangsa tempat ialah cermin besar di tandas PAVILION)
  • Pakai celak setebal yang umat.
  • Tangkap gambar bersama topi yang tak muat ataupun topi sendat. (Lelaki)
Wow, itu baru SEPARUH! Ada banyak lagi cuma malas nak letak. Okay itu je for entry kali ini.

Orang Asli pun ada mat rempit
Okay ini complete dgn bahasa rempitzzz sekali :D
P/S: Turunkan comment anda dan tolong tekan reaction kat bawah tu bye :)

Monday, January 02, 2012

Hati mula sebak -.-'

Cuti sekolah bermula pada 18 November 2011 dan berakhir dengan syoknya pada hari ini. Ya, aku tahu buat-buat insan bukan budak SBP anda begitu bertuah kerana ditakdirkan dapat cuti extra satu hari. Seperti biasa budak SBP akan diperintahkan untuk pulang balik ke sekolah sehari sebelum sekolah. ARRRGH, lagi memeritkan hati bila aku dapat tahu ada satu MRSM tu dapat surat balik 8 JANUARY! Gila kau aku memang terkentut 12 kali bila dapat tahu berita buruk ni. Sedih hati ini. Takde sape nak kesiankan -.-'.

   Bila bukak Facebook masing-masing letak status pasal sekolah, CEH HAMPEH takde semangat betul *samalah macam aku*. Whoa, orang cakap Sains Tulen mencabar, DUP DAP DUP DAP hati aku berdegup kencang. Entah kali ni entry kosong, takde idea dan paling penting sekali PASSION untuk berkarya. Seram sejuk bila fikirkan balik. Ya, mulai tahun depan ada budak baru masuk batch aku. Aku ulang balik budak baru masuk batch aku. NOKTAH.

   Bila fikirkan balik, haish man, lagi ramai competitors. Aduh, gawat susah la macam ni. Lagi ramai lagi susah. Lagi ramai lagilah;

  •  Kantin ramai orang, kesimpulannya PENUH dan SESAK.
  • Dewan Makan ramai orang, kesimpulannya MAKANAN MAKIN TAK SEDAP.
  • Dewan serbaguna bising dan ramai, kesimpulannya KERUSI TAK CUKUP dan TAK BOLEH TIDUR.
  • Asrama sesak, kesimpulannya NAK NAIK TANGGA LEMBAB, KENA TUNGGU GILIRAN.
  • Pergaduhan, perkauman semakin berleluasa kesimpulannya TUDING-MENUDING KESALAHAN semakin menggiat aktif.
   Wallaweh, ngeri bila fikirkan balik. Aku just harap budak batch aku yang baru semua baik-baik. Takde yang buat muka taik je bila kita tegur. Hah budak kes macam tu jenis yang mintak kaki busuk je. Anda bagaimana? Setuju? Haru-biru bila fikirkan apa yang akan terjadi tahun depan. Ada lagikah gelaran SISA? Ataupun HAMPAS? Mudah-mudahan takde. Amin..

Apakah ini? Anda tahu?


Rasa sebak tiba-tiba..
  
   P/S : Lepas anda baca, tinggal kan comment dan turunkan reaction. Kisah ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...