Friday, June 01, 2012

Kanak-kanak zaman sekarang berbeza dengan zaman kita dulu

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Pernahkah anda terfikir mengenai zaman keseronokan dan zaman kita kecik-kecik dulu? Ya, zaman dulu dengan zaman sekarang perbezaan yang ketara. Sangat ketara. Dari segi permainan, makanan semuanya jauh beza. Bagai langit dengan bumi. Kalau kita imbas balik, budak zaman dulu semuanya tradisional + sempoi. Sekarang? Moden dan kompleks.

Kalau kita dulu main kat luar tiap-tiap petang, pergh wajib. Kalau terlepas satu hari ibarat nak mati. Ada yang merajuk dengan makbapak sebab tak bagi main. Macam-macam. Siap minta maaf kat kawan-kawan sebab tak keluar main, hahahah kes kritikal ni. Kita dulu ada main galah panjang, police and thief, ketinting dan banyak lagi. Fuhh refresh memories. Kadang-kadang rasa bertuah pula dilahirkan awal :D Ada budak-budak zaman sekarang nak main tarik upih? Tak.. Sekarang masing-masing sibuk dengan iPad, tab, iPhone, laptop. Dulu, even aku pun tak reti semua benda alah ni. Yang mereka ni discover sendiri. Tak perlu minta orang lain ajarkan. Darah moden mengalir dengan deras kat badan mereka ni. Anda setuju?

Kan ada beza tu.

Kalau kita dulu sibuk nak main kat luar waktu petang-petang, budak-budak sekarang mana ambil kisah. Mereka sibuk iPad, log in Facebook nak main game. Haiyaa.. mereka tak merasai kemanisan zaman kanak-kanak. Rugi gila. Kita semua dulu pernah rasa. Lasak-lasak semuanya. Jatuh basikal sampai berdarah, tak pe buat muka selamba. Jangan merengek, jangan menangis. Karang tak pasal-pasal kena marah dengan makbapak. Tak bagi keluar main buat naiya je.

Dulu, segala-galanya yang kita buat manual. Yalah, sekarang ada lagi ke benda-benda manual ni? Macam, ni....

Betul tak?

Hahahaha, kita dulu harung susah ke senang ke. Budak sekarang? Semuanya nak senang. Haish -.-'

Kalau dulu, benda yang paling kita takut ialah kena marah dengan makbapak. Sekarang, fuhh mereka tak ada masalah kena marah. Tadah telinga kejap lepas tu tak sabar-sabar nak buat plan bila kena kurung dalam bilik. Kiranya macam ni lah;

Hah.. Nampak beza dia?
Hahahahaah, itu baru sebahagian. Boleh ke kita baca masa depan? Boleh... Caranya dengan mentafsirkan data daripada report card. Kalau report card kita teruk, kita taulah nasib kita bila berdepan dengan mak bapak. Haaaaa.. itu dulu. Tapi sekarang budak-budak dimanjakan sangat. Contohnya ni...

So, agak-agaknya berbeza tak?
Anda mampu membuat kesimpulannya :)
Sekian.

p/s : Sila turunkan reaction dan juga comment.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...