Wednesday, December 07, 2011

Apakah sebenarnya kegunaan perkataan 'DOE'?

Heyho kawan, lama aku tak update blog aku. Kira berzaman lah jugak tak update. Malas lah. Belum datang itu PASSION lagi. Melalui entry kali ini, aku nak bercakap mengenai kegunaan perkataan 'DOE' sebenarnya. Okay sekarang aku nak korang fikir balik pernah tak korang gunakan perkataan 'DOE' dalam percakapan kehidupan seharian.

    Aku bagi contoh ayat tak berapa nak puaka lah sebab aku ni budak lepasan PMR. Mana reti buat ayat power-power macam korang. Ya, aku sedar aku sape. Aku hanya seorang insan biasa yang hidup  di atas muka bumi ini. Contoh ayat yang pertama ;

"Weah korang lama gila kita tak jumpa DOE. Apa kau buat cuti hari tu DOE? Aku kat rumah buat taik mata je DOE. Dah tak tau nak buat apa DOE. Bosan gila tahap melampau kat rumah aku tu DOE."

HAHAHAHAHAHAH, aku tau ayat jenis macam ni memang layak kalau diberi kaki. Apa pasal? Sebab, ada ayat sedap-sedap Bahasa Melayu yang betul lagi gramatis dan enak didengar. Aku tak faham betul la, budak zaman sekarang ni.. Bermacam-macam bahasa dibuatnya. Bahasa rempitzzz la, bahasa DOE la, bahasa apa lagi mau buat. Takpe, apa-apa bahasa yang korang buat aku akan terima dengan hati yang tak berapa nak terbuka. Tapi ya, bahasa yang entah mana datang tu berjaya lah jugak membuat aku terhibur.

Okay aku gelak bila dengar Bahasa semegah itu *Sorry ini memang bukan aku*
Oh man, memang aku gelak besar gila punya besar bila aku dengar bahasa macam ni. Apa? Fikir cool cakap macam tu? Terpulang kat masing-masing nak cakap macam mana. Aku hanya ingin memartabatkan Bahasa Melayu. Nonsense la nak cakap camtu, bahasa yang ada tersedia depan mata dah sedap-sedap, ada hati mau bikin itu jenis bahasa. Apaaaa daaa! Haha :D

   Dahlah aku dah malas nak huraikan pasal bahasa yang aku kaji habis ni. Kalau ada apa-apa soalan mengenai bahasa DOE atau bahasa yang seangkatan dengannya, sila rajinkan diri anda untuk memberi comment. Okay?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...