Monday, January 02, 2012

Hati mula sebak -.-'

Cuti sekolah bermula pada 18 November 2011 dan berakhir dengan syoknya pada hari ini. Ya, aku tahu buat-buat insan bukan budak SBP anda begitu bertuah kerana ditakdirkan dapat cuti extra satu hari. Seperti biasa budak SBP akan diperintahkan untuk pulang balik ke sekolah sehari sebelum sekolah. ARRRGH, lagi memeritkan hati bila aku dapat tahu ada satu MRSM tu dapat surat balik 8 JANUARY! Gila kau aku memang terkentut 12 kali bila dapat tahu berita buruk ni. Sedih hati ini. Takde sape nak kesiankan -.-'.

   Bila bukak Facebook masing-masing letak status pasal sekolah, CEH HAMPEH takde semangat betul *samalah macam aku*. Whoa, orang cakap Sains Tulen mencabar, DUP DAP DUP DAP hati aku berdegup kencang. Entah kali ni entry kosong, takde idea dan paling penting sekali PASSION untuk berkarya. Seram sejuk bila fikirkan balik. Ya, mulai tahun depan ada budak baru masuk batch aku. Aku ulang balik budak baru masuk batch aku. NOKTAH.

   Bila fikirkan balik, haish man, lagi ramai competitors. Aduh, gawat susah la macam ni. Lagi ramai lagi susah. Lagi ramai lagilah;

  •  Kantin ramai orang, kesimpulannya PENUH dan SESAK.
  • Dewan Makan ramai orang, kesimpulannya MAKANAN MAKIN TAK SEDAP.
  • Dewan serbaguna bising dan ramai, kesimpulannya KERUSI TAK CUKUP dan TAK BOLEH TIDUR.
  • Asrama sesak, kesimpulannya NAK NAIK TANGGA LEMBAB, KENA TUNGGU GILIRAN.
  • Pergaduhan, perkauman semakin berleluasa kesimpulannya TUDING-MENUDING KESALAHAN semakin menggiat aktif.
   Wallaweh, ngeri bila fikirkan balik. Aku just harap budak batch aku yang baru semua baik-baik. Takde yang buat muka taik je bila kita tegur. Hah budak kes macam tu jenis yang mintak kaki busuk je. Anda bagaimana? Setuju? Haru-biru bila fikirkan apa yang akan terjadi tahun depan. Ada lagikah gelaran SISA? Ataupun HAMPAS? Mudah-mudahan takde. Amin..

Apakah ini? Anda tahu?


Rasa sebak tiba-tiba..
  
   P/S : Lepas anda baca, tinggal kan comment dan turunkan reaction. Kisah ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 2011.

1 comment:

  1. ok lagi ramai competitors tu setuju sangat. haha sekarang dalam dewan pun tak cukup kerusi pergh pergh akan datang bersila je lah dalam dewan. makanan DM makin tak sedap kalau ramai orang T.T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...