Thursday, March 15, 2012

Cerita mengenai APEK PLANTA.

Wow woa WOW. Itu yang hanya dapat dikeluarkan daripada minda aku mengenai cerita semalam yang berlaku di highway kepong. Ingat ya, highway Kepong. KEPONG. Tempat berlaku kejadian ni di jalan raya berhadapan dengan Taman Metropolitan. Aku sarankan berhati-hatilah korang bila nak tumpang jalan kat sana kerana APEK PLANTA datang menjelma. Serious ini kisah benar. Aku tak suka menipu. Tapi ramai orang cakap muka akulah paling tidak boleh dipercayai kalau cakap. Cis! *Apalah salah aku. Dunia ni betul-betul tidak adil. Hina sangatkah aku?*

Kenapa? Apa salah aku? Hina sangat ke aku ni?

Okay tak perlu berdrama disini. Aku nak sampaikan cerita yang sebenarnya. Tak boleh ditangguh. Benda macam ni menyirap darah minda aku. Mari dengar cerita mengenai ...
                  " APEK PLANTA "
Yes dia pakai baju berwarna kuning berjenamakan Planta.

Begini ceritanya. Selepas kami berhajat untuk ke One Utama, Mutiara Damansara, kami pun menaiki kereta untuk kesana dengan hajat lagi bersih murni semalam. Dalam perjalanan ke sana, betul-betul di hadapan Taman Metropolitan Kepong terdapat seorang apek yang memakai baju planta yang lusuh menaiki motorsikal kapcai bersebelahan dengan kereta kami. Pada mulanya aku dan kakakku mula berjinak-jinak dalam pergerakan mengata apek planta tersebut. Aku baru memulakan mukadimah seperti tersebut, "eii, kacak benar apek planta tu. Menyirap darah menengoknya." Kakak aku memberikan tindak balas ataupun refleksi yang agak baik. Sedang enak kami menghamburkan ketawa kami yang agak gamat di dalam kereta, tiba-tiba APEK PLANTA tersebut memandang kami sinis sambil tersenyum sedikit menunjukkan dirinya seorang yang amat kacak ketika muda-muda *buat pandangan saya* Alamak bagaimana apek planta tersebut boleh menyedari kehadiran kami mengatanya? Sumpah dia boleh mendengar apa yang kami katakan. Halllamak. Mampus bermain-main di fikiran. Setelah itu dia terus memecut meninggalkan kami. Kami ketakutan tetapi tetap ketawa. Yeah, ketawa tak ingat dunia. Selepas itu, kami meminta ibu kami agar memecut mengejar apek tersebut di persimpangan menuju ke Bandar Menjalara. Aku terkejut lantas tercabut 'safety belt' aku. APEK PLANTA tersebut terus-terusan memandang sinis yang kacak sambil tersenyum. Dia tersenyum ke arah pemandangan jalan raya. Kami membuat kesimpulan bahawa dia ini pemurah dengan senyum. Okay kesimpulannya kakak aku dan aku perasan habis dengan APEK PLANTA tersebut. Buat malu je dekat mak aku. Haddohai. Jatuh saham. -.-'
 Kesimpulannya, jangan mengata orang sampai tak ingat dunia. Mungkin APEK PLANTA akan menjelma dalam hidup korang? Kita takkan tahu..

P/S ; Selepas membaca seperti biasa sila turunkan reaction dan juga comment.

1 comment:

  1. hehe..mungkin akan tiba satu hari nanti tapi kalau boleh jangan laa planta..muncul laa amoi nuttela ker..hehe..menarik sikit..hehehe :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...