Friday, December 30, 2011

Ya, ini cerita SERAM..

Seram. Ya, aku ada satu cerita seram yang aku mahu kongsikan bersama. Kenapa aku beria-ia sangat nak ceritakan cerita seram? Entah tiba-tiba dapat passion. Pertama sekali, sediakan bantal untuk tutup muka kalau takut sangat. Kedua, relakan hati kalau ada jadi apa-apa kat korang. Ketiga, sediakan diri anda untuk membaca cerita ini.

   Bersedia untuk menghadapinya. Dengar dengan teliti. Aku takkan ulang lagi.

   " Pada suatu malam Jumaat yang hening, seorang gadis yang COMEL lagi SERIOUS iaitu Shahizan baru pulang dari rumah ustazah X kerana sudah tamat sesi belajar mengaji. Dia sempat sembang-sembang makcik lagi dengan ustazah tersebut. Dek terlampau lama menunggu Shahizan habis berborak ala-ala makcik dengan ustazah tersebut, rakan-rakannya mengambil keputusan untuk meninggalkan Shahizan yang lembab tersebut. Shahizan tidak perasan akan ketidakhadiran rakan-rakannya. Setelah 20 minit kemudian, Shahizan baru mengetahui rakan-rakannya sudah meninggalkannya jauh. Dia merintih akan nasibnya sendirian.
  
   Lalu, dia mengambil keputusan untuk mengayuh basikal sendirian. Perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai kerumahnya. Dalam hatinya merintih kerana menyesal berborak-borak makcik dengan ustazah tersebut. Akhirnya Shahizan menggagahkan dirinya untuk berbasikal seorangan di jalan kampung yang sempit untuk sampai ke rumahnya.
  
   YA! Malang tidak berbau Shahizan terpaksa melalui sebatang jalan berhadapan dengan sebuah pokok ketapang (alah, daun yang kasi wangi tempe tu). Pokok ketapang tersebut sangat besar dan menakutkan. Kembali terngiang-ngiang di telingaShahizan cerita silam pokok tersebut yang sangat mengerikan. Shahizan tidak berani untuk memandang pokok tersebut. Dengar-dengar kata orang pokok itu berhantu. Baru sahaja Shahizan ingin memecut, rantai basikalnya tercabut. Malang sungguh nasibnya. Kasihan. Dia sudah terkulat-kulat disitu lantas meminta tolong. TOLONG TOLONG TOLONG jeritnya. Lalu ada dua lelaki handsome seiras Edward dan Jacob datang memberikan bantuan. Shahizan terpana dan ternganga dan terliur dan terkentut memandang jejaka handsome tersebut. Shahizan mencubit pahanya. YA! Sakit. Shahizan menampar pipinya. YA! Sakit. Ini bukan angan-angan. Ini realiti. Ini bukan main-main. Lalu Shahizan pun bertanya, ARE YOU REALLY EDWARD AND JACOB? Mereka pun menjawab YES WE ARE. Ternyata tepat sangkaan Shahizan. Pokok ini memang berhantu. Dan dia bertuah untuk merasai keseramannya.

   Bila Shahizan mendapat tahu ianya realiti, dan basikalnya sudah dibaiki oleh dua jejaka handsome tersebut. Shahizan terus memasang tekad untuk hadir dengan pelbagai idea baru untuk meminta tolong dua jejaka handsome tersebut. Satu hari itu, dia meminta tolong Edward dan Jacob kerana pedal basikalnya tercabut, hari esoknya, kakinya terseliuh, esoknya lagi tangannya terseliuh, esoknya lagi tayar basikal tercabut. Bijak pandai YA! Semuanya itu dilakukan demi berjumpa dengan vampire yang handsome dan werewolf yang hot. Hahahaha okay itu memang superb :D

Kenalkan ini vampirenya.

Ini pula werewolfnya.
Ini sahaja maklumatnya. Alamat pokok ketapang tu aku tak tahu.

P/S : Selepas baca sila turunkan reaction dan juga comment terima kasih :D

7 comments:

  1. HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHHA! aku gelak gila gila baca ni. fuh hahahahaha :D

    ReplyDelete
  2. eh eh terharu :D
    mana reaction nya, penat aku menulis blog.

    ReplyDelete
  3. rantai basik tercabut ke lucut...haha....

    nice nia

    ReplyDelete
  4. bukan lucut tapi tercabut terus, biasalah nak mintak simpati hantu.

    ReplyDelete
  5. Sokong lah Unit Ko-Kurikulum Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh ....

    Terima kasih atas usaha anda... jgn lupa suruh kawan-kawan LIKE di page http://www.facebook.com/Unit.Koku.Sabda dan juga add friend di http://www.facebook.com/koku.sabda

    ReplyDelete
  6. Sila like page koku Sabda. xD haha. *freelance promoter*
    hihi, cerita yang menarik. aku gelak satu malam. err, okay tipu. tapi betul, menarik.:) teruskan usaha anda,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...